Pin It

Widgets

Keputusan Undian Liga Juara-Juara 2012/2013

on Friday 31 August 2012

 Liga Juara-Juara 2012/2013

Keputusan Undian Liga Juara-Juara 2012/2013 | JUARA Sepanyol, Real Madrid dan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City diletakkan dalam kumpulan yang sama bagi persaingan Liga Juara Eropah.

Kedudukan itu diputuskan menerusi cabutan yang dilangsungkan di Monaco, semalam.

Kedua-dua kelab itu diiringi oleh Borussia Dortmund dan pemenang empat kali, Ajax Amsterdam dalam Kumpulan D.

Daripada empat pasukan dalam setiap kumpulan, hanya dua pasukan akan layak ke pusingan seterusnya - 16 pasukan terakhir.

Manchester City, kelab bimbingan Roberto Mancini, ditewaskan oleh di peringkat kumpulan manakala kejuaraan dimenangi oleh Chelsea manakala Real Madrid pula tewas kepada Bayern Muncih di peringkat separuh akhir.

Kumpulan D, yang dianggap sebagai "Kumpulan Maut" terdiri daripada juara di peringkat masing-masing. Dortmund pernah memenangi gelaran Bundesliga buat kali kedua berturut-turut manakala Ajax pula menjulang takhta Belanda.

Chelsea berada bersama juara Serie A, Juventus dalam Kumpulan E. Dua kelab lain ialah Shakhtar Donetsk dari Ukraine dan Nordsjaelland, kelab baru Denmark.

Chelsea, yang menewaskan Bayern menerusi tendangan penalti dalam final musim lalu, merupakan pasukan pertama akan mempertahankan kejuaraan dalam era Liga Juara.

Barcelona, yang ditewaskan oleh Chelsea dalam separuh akhir tahun lalu, digandingkan dengan Benfica dari Portugal, Spartak Moscow (Rusia) dan Celtic (Scotland) dalam Kumpulan G.

Juara tiga kali Manchetser United pula berada dalam Kumpulan H bersama SC Braga (Portugal), Galatasaray (Turki) dan CFR-Cluj (Romania).

Bayern pula akan bertemu dengan Valencia dari Sepanyol, Lille (Perancis) dan BATE Borisov (Belarus) dalam Kumpulan F.

Juara tujuh kali, AC Milan berada dalam Kumpulan C bersama Zenit St. Petersburg dari Rusia, Anderlecht (Belgium) dan Malaga (Sepanyol).

Ini kali pertama Malaga bersaing dalam Liga Juara-juara.

Juara baru Perancis, Montpellier juga muncul kali pertama. Ia berada dalam Kumpulan B bersama Arsenal, Schalke 04 dan Olympiakos dari Greece.

Kumpulan A terdiri daripada kelab berbelanja besar dari Paris, St Germain, Dinamo Kyiv (Ukraine) Porto (Portugal) dan Dinamo Zagreb (Croatia).

Pertandingan akhir Liga Juara-juara akan berlangsung di Stadium Wembley, London pada 25 Mei 2013.

Keputusan Undian Liga Juara-Juara 2012/2013

Keputusan Undian Liga Juara-Juara 2012/2013


KUMPULAN A
  • FC Porto
  • Dynamo Kiev
  • Paris Saint-Germain
  • Dinamo Zagreb

KUMPULAN B
  • Arsenal
  • Schalke 04
  • Olympiacos
  • Montpellier

KUMPULAN C
  • AC Milan
  • Zenit Saint Petersburg
  • Anderlecht
  • Malaga

KUMPULAN D
  • Real Madrid
  • Manchester City
  • Ajax
  • Borussia Dortmund

KUMPULAN E
  • Chelsea
  • Shakhtar Donetsk
  • Juventus
  • Nordsjaelland

KUMPULAN F
  • Bayern Munich
  • Valencia
  • Lille
  • BATE Borisov

KUMPULAN G
  • Barcelona
  • Benfica
  •  Spartak Moscow
  • Celtic

KUMPULAN H
  • Manchester United
  • SC Braga
  • Galatasaray
  • CFR-Cluj

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved