Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuat kenyataan cadangan pemberian taraf kerakyatan kepada jurulatih asing yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat.
Berikutan dengan kejayaan Pandelela Rinong membawa pulang pingat gangsa pertama dalam sukan renang di Olimpik London 2012 yang berakhir baru-baru ini, cadangan memberi taraf penduduk tetap kepada jurulatih asing dilihat amat relevan oleh beliau bagi memastikan kejayaan dalam sukan tersebut serta sukan-sukan yang lain pada masa yang akan datang. Baca keratan akhbar di bawah terlebih dahulu.
Kami mempunyai beberapa pendapat mengenai perkara ini. Dalam satu sudut, inisiatif ini kelihatan menarik oleh kerana jasa mereka yang akan diberi taraf penduduk tetap ini bukan kecil. Mendidik dan mengasuh ahli sukan negara sehingga mencapai tahap yang membanggakan bukan mudah dan tidak boleh hanya dipandang sebelah mata.
Lagipun, jurulatih asing tersebut juga merupakan”pakar” dalam bidang masing-masing, dimana kepakaran mereka itu memang amat ditagih serta diperlukan. Kami tiada halangan untuk bersetuju dengan cadangan tersebut sekiranya ia membawa kepada kebaikan dalam kemajuan sukan di Malaysia.
Namun begitu, kami pasti masih ramai di antara anda yang ingat mengenai Projek IC di Sabah, yang telah dibongkarkan sebelum ini? Bagaimana mudahnya warga asing mendapat taraf kerakyatan di Malaysia? Kita perlu “pakar” untuk memajukan negara dan pastinya “pakar-pakar” tersebut boleh membantu Malaysia dalam mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan.
Namun begitu, sekiranya kita memberi taraf kerakyatan kepada warga asing yang tidak mempunyai apa-apa nilai aset kepada negara, tidakkah ianya merugikan, malah hingga satu ketika, boleh mengancam keharmornian rakyat Malaysia selama ini? Kami berpendapat agar, kerakyatan yang diberikan, bukanlah dengan cara yang beitu mudah.
Nilai menjadi warganegara bagi kami sangat besar. Untuk menjadi warganegara, cadangan kami adalah mereka perlu mahir bertutur dan menulis dalam bahasa melayu, seperti bangsa melayu sendiri.Kita lihat sahaja di indonesia, walaupun penduduk asing di sana merupakan warga minoriti, pertuturan mereka saling tidak tumpah seperti rakyat majoriti Indonesia. Ini adalah perkara positif yang perlu kita ambil dari negara Jiran kita.
Sedikit sebanyak, ianya membentuk jatidiri warganegara yang lebih baik. Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan. Maka wajiblah bagi sesiapa warga asing mahupun jurulatih serta pakar-pakar yang ingin menjadi penduduk tetap, untuk mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Masih ada lagi kebanyakan warganegara Malaysia berbangsa Cina dan India yang masih lagi tidak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik. Malah, ada yang langsung tidak faham, tetapi menjadi warganegara selama 50 tahun! Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan dalam memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menjadi penduduk tetap. Bukan sekadar strategi bagi mendapat undi seperti sangkaan ramai pihak.
Sumber

CADANGAN pemberian taraf kerakyatan kepada jurulatih asing yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan harus mempertimbangan perkara tersebut dalam usaha melahirkan atlet berstatus bintang.
Malah jelasnya, khidmat serta kepakaran jurulatih luar yang terbukti mempamerkan kecemerlangan membentuk atlet yang mampu berdiri sebaris jagoan dunia amat sukar diperoleh.
Sebelum itu beliau diminta mengulas cadangan memberikan taraf kerakyatan kepada ketua jurulatih, Yang Zhuliang untuk kekal membimbing ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg selepas menghadiri program ‘Biruman Bisamah Pandelela’ di Dewan Masyarakat Kampung Jugan, Bau, Sarawak semalam.
Dalam perkembangan lain, Shabery memberitahu, kementeriannya bersedia untuk mempertimbangkan rancangan bagi menambah jumlah jurulatih sukan akuatik yang sedia ada.
Menurutnya, selepas kejayaan negara merangkul pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik di London baru-baru ini melalui Pandelela Rinong, beliau yakin usaha untuk mendapatkan khidmat jurulatih terbaik dari China mampu meningkatkan lagi pencapaian negara dalam sukan tersebut.
“Adalah lebih baik jika kita mendapatkan khidmat jurulatih terbaik dari luar negara untuk sukan akuatik.
“Jadi, kita merancang mengambil sekurang-sekurangnya empat jurulatih baharu untuk membantu meringankan beban Zhuliang,” katanya sambil menambah, kementerian bersedia berunding dengan jurulatih berusia 48 tahun itu untuk kekal menerajui skuad terjun negara.
Sementara itu, Zhuliang ketika ditemui menjelaskan, beliau bersedia menerima tawaran taraf penduduk tetap daripada kerajaan Malaysia.
“Saya amat gembira dan berbesar hati jika diberi peluang menjadi rakyat negara ini,” katanya.
Kami mempunyai beberapa pendapat mengenai perkara ini. Dalam satu sudut, inisiatif ini kelihatan menarik oleh kerana jasa mereka yang akan diberi taraf penduduk tetap ini bukan kecil. Mendidik dan mengasuh ahli sukan negara sehingga mencapai tahap yang membanggakan bukan mudah dan tidak boleh hanya dipandang sebelah mata.
Lagipun, jurulatih asing tersebut juga merupakan”pakar” dalam bidang masing-masing, dimana kepakaran mereka itu memang amat ditagih serta diperlukan. Kami tiada halangan untuk bersetuju dengan cadangan tersebut sekiranya ia membawa kepada kebaikan dalam kemajuan sukan di Malaysia.
Namun begitu, kami pasti masih ramai di antara anda yang ingat mengenai Projek IC di Sabah, yang telah dibongkarkan sebelum ini? Bagaimana mudahnya warga asing mendapat taraf kerakyatan di Malaysia? Kita perlu “pakar” untuk memajukan negara dan pastinya “pakar-pakar” tersebut boleh membantu Malaysia dalam mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan.
Namun begitu, sekiranya kita memberi taraf kerakyatan kepada warga asing yang tidak mempunyai apa-apa nilai aset kepada negara, tidakkah ianya merugikan, malah hingga satu ketika, boleh mengancam keharmornian rakyat Malaysia selama ini? Kami berpendapat agar, kerakyatan yang diberikan, bukanlah dengan cara yang beitu mudah.
Nilai menjadi warganegara bagi kami sangat besar. Untuk menjadi warganegara, cadangan kami adalah mereka perlu mahir bertutur dan menulis dalam bahasa melayu, seperti bangsa melayu sendiri.Kita lihat sahaja di indonesia, walaupun penduduk asing di sana merupakan warga minoriti, pertuturan mereka saling tidak tumpah seperti rakyat majoriti Indonesia. Ini adalah perkara positif yang perlu kita ambil dari negara Jiran kita.
Sedikit sebanyak, ianya membentuk jatidiri warganegara yang lebih baik. Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan. Maka wajiblah bagi sesiapa warga asing mahupun jurulatih serta pakar-pakar yang ingin menjadi penduduk tetap, untuk mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Masih ada lagi kebanyakan warganegara Malaysia berbangsa Cina dan India yang masih lagi tidak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik. Malah, ada yang langsung tidak faham, tetapi menjadi warganegara selama 50 tahun! Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan dalam memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menjadi penduduk tetap. Bukan sekadar strategi bagi mendapat undi seperti sangkaan ramai pihak.
Sumber
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.