Pin It

Widgets

Cinta, Rindu, Kasih Antara Benua Yang Terpisah

on Thursday, 16 August 2012


Cinta, Rindu, Kasih Antara Benua Yang Terpisah
Masalah hati dan Soal hati.. Siapakah yang tahu?
Cinta, Rindu, Kasih Antara Benua Yang Terpisah | Saya sangat terharu. Rupanya setiap kali saya update status facebook dia sering membacanya. Walaupun dia bukan seaktif saya melayari lama sosial facebook tetapi dia mampu mencuri sedikit masa untuk melihat apa yang sedang saya lakukan setiap hari. Walaupun kurang dari ssetengah jam tetapi ia sangat bermakna bagi saya.

Saya sangat terharu sekali, kerana walaupun kekangan masa dan waktu yang padat dan terlalu sibuk dengan tempoh praktikal tetapi dia mampu mengigati walaupun tidak lama. Saya sentiasa menanti mesej dari dia setiap hari. Inilah yang dinamakan Cinta, Rindu, Kasih Antara Benua Yang Terpisah . Sungguh mengasyikkan! Andai tiada panduan…

“Terasa rindu & cintaku masih belum sempurna"

Cinta, Rindu, Kasih Antara Benua Yang Terpisah yang bersifat sementara ini selalu membuatkan anak-anak tergelincir dalam hakikat fitrah cinta dua anak adam dan hawa yang berlainan jenis ini pergi jauh meninggalkan penciptanya kerana panahan nafsu dan syaitan.

Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati . Ya, rindu dan cinta letaknya di hati serta raja dalam kerajaan diri manusia.

Menjaga kehormatan diri itu sungguh sangat sukar. Yang paling selamat adalah menjauhi semua sebab yang menjerumuskan hati dalam persekutuan cinta dan rindu.

Adapun tentang hatinya dia tidak bisa menguasai, maka bersabar atasnya dengan sikap menjaga diri dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.

Sabda Rasulullah saw:

“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.” Riwayat Al-Bukhari

Rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik’. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat’ maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota.

Kata orang, “berhati-hatilah menjaga hati.”

Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah… akibatnya terlalu buruk.

Hati lelaki sangat keras tetapi jika kena gayanya ia mampu menjadi selembut kapas.

Kelemahan diri yang masih cuba diatasi agar dapat lebih istiqamah dalam semua amalan. Semoga setiap usaha kita diberkati Allah swt, terima kasih tak terhingga di atas segala bimbingan dan kesedaran yang diberikan.

Ya Allah, bantulah aku dalam usaha membawa diri dan orang lain kepadaMU.

Wallahualam.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved