Pin It

Widgets

Kisah Kodok oh kodok

on Saturday, 28 July 2012


Kisah Kodok oh kodok

Kisah Kodok oh kodok

Sesungguhnya dari utara membawa sejahtera, dari barat membawa berkat, dari timur membawa makmurdan dari selatan membawa rakan taulan. Assalamaualaikum dan salam sejehtera kepada para pembaca. 

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk kodok oh kodok. Sebelum itu, saya nak Tanya dengan kawan-kawan. Kamu tahu tak kodok tu apa?tak tahu..aah, kodok tu sepsis macam katak juga. 

Alkisahnya, pada satu hari terdapat dua ekor kodok yang sedang mencari makanan di dalam hutan. Mereka melompat dari satu tempat ke temapat yang lain untuk mencari makanan. Kodok yang prtama bernama bulat kerana badannya yang berisi, dan kodok yang kedua bernama lidi ketana badannya yang sangat kurus. Semakain jauh mereka berdua masih lagi melompat-lompat untuk mencari makanan. Tanpa disedari mereka telah jauh meredah hutan. Di dalan hutan tersebut terdapat lubang yang sangat dalam dan berbahaya. Malangnya disebabkan ghairah mencari makanan mereka melompat dan terus melompat tetapi tidak mlihat lubang tersebut.

Akhirnya, malang tidak berbau. Tanpa mereka dugaa dan sedari kedua-dua kodok tadi telah termasuk ke dalam lubang tersebut. Kesian sungguh nasib si bulat dan si lidi.

Tolong! Tolong!, si bulatdan si lidi menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan. Kedua-dua kodok tadi berasa cemas dan takut. Tolong! Tolong!, mereka menjerit lagi untuk menarik perhatian dan berharap pertolongan daripada kawan-kawan yang lain di dalam hutan tersebut. Di dalam lubang tersebut mereka cuba untuk melompat ke atas tetapi sangat tinggi dan menyukarkan si bulat dan si lidi untuk naik ke atas. Mereka terus menjerit meminta pertolongan.

Jeritan si bulat si lidi sangat kuat, dan kodok-kodok lain yang mendengar dan bergegas ke tempat tersebut. Kodok-kodok yang lain, melihat ke bawah lubang tersebut, si bulat dan dan si llidi dapat melihat kawan-kawan mereka yang lain di atas. Hadirin nak tahu apa yang berlaku??? Kesian sungguh si kodok sudah jatuh ditimpa tangga lagi

Kawan-kawan lain yang diharapkan dapat menolong hanya mengejek si bulat dan si lidi. Hoiii … bulat hoiiii…. Lidi! Tak payahlah melompat-lompat lagi. Mengaku kalah sajalah. Matilah di dalam lubang tu.Mustahil kamu berdua dapat menyelamatkan diri sebab lubang tu sangat dalam. Agak mustahil kamau dapat naik ke atas. Mendengar jeritan kodok-kodok yang lain di atas, si lidi sangat kecewa dengan sikap kawan-kawn mereka. Harapkan pagar tapi pagar makan padi. Si lidi berputus asa dan tidak berdaya lagi untuk melompat ke atas. Si lidi patah semangat dan akhirnya telah mati di dalam lubang itu.

Berbeza dengan si bulat, semakin kawan-kawannya mengejek dari atas dan melemahkan semangatnya untuk menyelamatkan diri semakin membara semangat dan tekad si bulat untuk melompat naik ke atas. Berkat usaha dan kerja keras si bulat, akhirnya si bulat Berjaya untuk sampai ke atas. Si bulat berasa bersyukur kerana telah Berjaya menyelamatkan diri. Kodok-kodok yang lain berasa hairan dan bertanya dengan si bulat. Bulat, kenapa engkau begitu kuat melompat naik keatas sedangkan kami tadi tidak memberikan sedikit sokongan pun malahan menyuruh kamu mati sahaja? Kenapa kau tidak mengaku kalah sahaj macam si lidi? Si bulat menjawab dengan penuh enang. Jeritan kamu semua tadi, aku tidak anggap sebagai melemahkan semgat. Ini kerana ada kalanya kita tidak perlu menghiraukan kritikan-kritikan mereka yang berfikiran negative. Sebaliknya pandang dalam aspek yang positif. Mendengar penjelasan sikap si bualat. Kodok-kodok yang lain pun meminta maaf dan berjanji tidak akan lagi bersikap negative

Pengajarannya, kita janganlah terlalu cepat berputus asa dengan apa sahaja dugaan yang kita tempuhi hadapilah dengan penuh keyakinan dan kesabaran. Kerna setiap apa yang kita hadapi tidak semestinya tiada jalan penyelesaian. Dan jangan lah suka berfikiran negatif 

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved