Pin It

Widgets

Jangan TAKUT putus CINTA

on Saturday, 18 August 2012



Mungkin anda selalu beranggapan,

“Kalau jadi apa-apa pada aku dan dia, putus perhubungan kami, entah macamana laaa hidup aku tanpa dia nanti huhu” Lalu, anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan perhubungan itu. Walau cinta dia semakin hambar, malah anda sudah tidak dihiraukan dia lagi, anda dilayan buruk, dimarahi, dimaki, namun anda tetap di situ setia menanti…

Sesetengah pula,
“Aku dah tak boleh dengan orang lain, hidup aku, cinta aku hanya pada dia, tak mungkin aku dapat bercinta lagi kalau putus dengan dia!”

– It’s okay kalau dia betul-betul setia dan selalu mengambil berat, ini… dah beberapa kali kantoi, 2-3x curang, tapi anda tetap maafkan dia, dan kononnya memberi peluang terakhir… at the end, dia tetap menipu dan tak berubah-ubah…Bila kawan-kawan, keluarga sendiri menasihati, “Sudahlah tu… lepaskanlah dia…tak guna tunggu dia lagi.” – Jawab anda, “eeeee…tak boleh, tak boleh, saya sayang dia!”

REALITINYA… BOLEH! – anda Cuma TAKUT untuk menghadapinya. Takut kehilangan seorang yang superb bagi anda, seorang yang sangat special. Anda takut kalau putus dengan dia takkan ada lagi yang serupa dengan dia. Anda juga takut, kalau putus dengan dia maka tak ada lagi yang inginkan anda! Realitinya ADA!malah lebih lagi pun ada! Keluar dari PENJARA itu, keluar dari perhubungan yang mencengkam dan mengurung anda selama ini, dan anda akan lihatlah betapa luasnya dunia ini dan berapa ramainya yang lebih baik dari dia!

COME ON ! Anda ni buruk sangat ke? Anda ni dah tak laku ke? Takkan kut… Bukankah semua kejadian Tuhan itu elok belaka, takkan Allah jadikan anda ni teruk sangat, kalau teruk sangat, macamana anda boleh dicintai pada mulanya?

Kita kena anggap, setiap orang ada keisitimewaannya dan kelebihannya serta kekurangannya. DI MATA orang lain, lainlah rasanya… jika dia ni tak suka, MESTI akan ada yang suka. Takkan semua orang tak suka? Tak balance lah dunia dan hukum alam!

BE STRONG ! Jangan lemah sangat… kalau sekian lama tak ada sesiapa yang mahukan anda, tak ada yang nak bercinta dengan anda, SO WHAT?

Bukankah Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan? Mesti ada lah tu, suatu hari nanti yang betul-betul menghargai dan mencintai anda… JANGAN RISAU… jangan peduli apa orang nak kata, jangan biarkan pasangan anda meletakkan anda begitu bawah sekali sehingga anda tidak boleh hidup tanpa dia… Maybe now, belum ada sebab yang ada tu semuanya tak boleh pakai, buat menyemak je!

One thing for sure, apabila seseorang yang sedang dilamun cinta dan terlalu dalam cintanya pada kekasihnya, pada suami, isteri, tunang dan sebagainya… mereka merasa berat, kerana mereka tidak mahu mencuba…

Begitu jugalah apa yang anda cakap TAK BOLEH tu… tak boleh kerana anda tak merasa, cuba rasa sekali tengok… tak ada benda pun… SAMA JE!

Sememangnya kita akan selalu rasa macam hidup ini sudah tidak berguna lagi sekiranya kita sudah tidak bersama yang tercinta. Lepas tu apabila putus cinta, memang la merana la sekejap… tapi in time, the wound will heal… Luka itu kan sembuh juga. Nanti kita akan mula merasa selesa kembali dan mulai berkenalan dengan orang baru.

Masalah yang selalu kita hadapi adalah, pengalaman melalui saat perit putus cinta itu, tak tahan, no worries laa, tidak mahu tidak, kita MESTI laluinya… supaya kita akan lebih mengenal erti kehidupan, kenal jenis-jenis orang yang sebenarnya. Apabila kita dapat menerima hakikat itu, putus cinta sudah NOTHING already. Kita tidak akan merasa takut untuk bersendirian, kerana kita tahu kita akan bertemu dengan orang lain pula. Selalu percaya pada kejadian ALLAH s.w.t, kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

BERANI kan diri untuk KELUAR dari perhubungan cinta yang menyeksakan hidup anda itu, InsyaAllah, anda akan temui kebahagiaan yang sebenarnya!

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved