Pin It

Widgets

Beranikan Diri untuk Meluahkan Isi HAti

on Saturday, 18 August 2012




Ingat lagi tak filem Seniman Bujang Lapok? Dimana director Ahmad Nisfu geram sambil menyuruh P.Ramlee, “…cakap…cakap” – tapi si P.Ramlee diam je tak cakap-cakap haha… alasannya? “Macamana saya nak cakap, tuan director suruh saya actions, tak suruh saya cakap!”

Kelakar giler hehehe… tapi dari sini juga we can learn something, which is ‘COMMUNICATIONS’ - yaa beb, komunikasi amat penting di dalam pekerjaan, dalam perniagaan, kehidupan seharian dan tentu saja amat penting di dalam perhubungan.

Kalau communications breakdown - Komunikasi terputus, hancur, maka perhubungan pun tak kemana, kebahagiaan tidak akan tercapai! – Ramai yang bertanya bagaimana nak buat supaya perhubungan itu selamat dan saling faham memahami?

The answers is… cakap…cakap…cakap!

1.“Macamana nak buat supaya dia tahu kita suka kat dia?”
Jawapan : CAKAP JE LAH .. nak buat macamana lagi laaa agak-agaknya ya? 
Penjelasan : Ramai di antara kita suka memikirkan berbagai perkara dengan cara melampau banyak sangat. Berfikir itu bagus, tetapi jika terlalu sangat ianya tidak menguntungkan kerana, sesuatu yang kita ingin tahu itu ada lebih baik kita ALAMINYA sendiri, barulah kita akan lebih mengetahui. Jadi di dalam soal meluahkan perasaan ni, apa yang perlu kita lakukan adalah… LUAHKAN, CAKAPKAN isi hati kita…that’s all… jangan merasa malu jika ditolak… itu sudah adat, BUT at least kita tahu, daripada duk tertanya-tanya tu.
2. Bagaimana nak buat pasangan faham apa yang saya suka, benci, menyampah atau sesuatu yang saya tak suka atau apa-apa saja, sebab dia ni susah faham?
Jawapan : CAKAP JE LAH… nak buat bagaimana lagi? 
Penjelasan : Susah faham atau tidak mengerti biasa terjadi di dalam perhubungan. Tugas anda adalah buat dia faham. Cakap perlahan-lahan pada dia, jelaskan kedudukan atau beritahu satu persatu dan buat dia faham. Jika dia masih juga tak faham…kena KEEP ON TELLING. Kalau tak cakap… tak tahu, dan takkan faham punya. JANGAN suka anggap orang faham apa yang anda fikirkan. – Bukan semua orang begitu. -Memang best dapat pasangan yang tak perlu cakap pun dia faham… tetapi, kan Allah buat manusia ni serba kekurangan… ianya untuk kita belajar sabar dan saling ingin kenal mengenali…faham memahami… basically, pasangan begitulah yang patut anda miliki, yang mahu belajar bersama 

3. Macamana ya saya dah cakap kat dia, saya suka dia tapi dia macam buat endah tak endah je, macam dia ingat saya main-main je, apa perlu saya buat?
Jawapan : CAKAP LAGI… cakap sampai dia anggap anda serius. 
Penjelasan : Sesetengah orang ada ego dia, sesetengah orang pula hanya mahu faham apa yang dia mahu faham. Orang cakap dia tak nak dengar. Apa yang perlu anda buat, cakap pada dia, DENGAR apa yang anda mahu cakap! – Bagi dia terkejut sikit 

4. Dia selalu hilang dan jarang-jarang sangat dia hubungi saya. Saya confused. Dulu bila saya tanya dia, dia cakap dia masih sayang saya dan minta saya jangan fikir yang bukan-bukan, tapi dia macam ada tapi selalu tak ada je macamana ni?
Jawapan : Sudahkah anda CAKAP kan situasi ini pada dia? Sudahkah anda CAKAP perasaan anda padanya? Jika sudah cakap, tapi masih sama… CAKAP LAGI! 
Penjelasan : Cinta yang sebenarnya cinta ni takkan dia mahu tak berhubung barang seketika pun. Dia akan keresahan, kegelisahan ingin berhubung. Kalau kita cakap-cakap dan cakap tak berubah-ubah juga tu, maknanya… bukan cinta la tu. - Masa untuk cari lain lah tu, tak perlu nak confused lagi, tak perlu takut… setiap perhubungan mesti ada kekurangan, kelemahan…tetapi lebih baik bersama yang betul-betul mahu sentiasa berhubung, itu barulah cinta!

5. Bagaimana nak tahu dia sayang atau suka kat kita?
Jawapan : DIA AKAN CAKAP LAH KAN? 
Penjelasan : Sekiranya dia tak cakap samada dia suka atau minat atau nak pada anda, itu bermaknanya apa? Tak cakap tu maknanya dia tak bersungguh sangat lah… adakah kita mahu bersama dengan orang yang tiada kesungguhan walau dia malu nak cakap atau dia mahukan kita sekali pun? …Kita mahukan orang yang rela berkorban demi kita, benar-benar mahukan kita, betul tak?
kesimpilannya , kesemuanya hanya perlukan komunikasi yang seimbang! Maksudnya, kalau tak cakap tak tahu… bila cakap baru tahu…Straight forward je benda ni, jangan jadikan ia terlalu complicated sangat sampai tak tahu nak buat apa sampai bingung memikirkannya… benda simple je….CAKAP… bila dah cakap tu baru terjelas semuanya, barulah dapat diluahkan, jadi mesti tahu punya… tak cakap tak tahu. Rasa malu, segan, risau, takut itu ini semua tu tolak tepi yang penting maklumat terkini tu perlu dicakapkan dulu, suka, benci, tak suka, tak benci, kasih, sayang cinta, whatever… semua tu, kalau nak disampaikan, CAKAP JE…that ‘s it! Hehe

Sumber ini saya peti daripada sebuah blog.... cool punya.... harap kamu suka....bacanya...dan boleh dijadikan panduan... owkey..

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved