Showing posts with label kebaikan. Show all posts
Showing posts with label kebaikan. Show all posts

Kelebihan Mandi Waktu Subuh Kepada Kesihatan

on Wednesday, 23 January 2013

Kelebihan Mandi Waktu Subuh kepada kesihatan

Kelebihan Mandi Waktu Subuh Kepada Kesihatan | Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

Kelebihan Mandi Waktu Malam

Kelebihan Mandi Waktu Malam

Kelebihan Mandi Waktu Malam | Mandi waktu malam jugak mempunyai kebaikan yang mungkin kita sendiri tidak tahu apa kebaikan. Bagi sesiapa yang tak tahu , di sini admina kan sediahkan beberapa info kebaikan mandi waktu malam ini.

Berikut adalah Kelebihan Mandi Waktu Malam :

1. Menyegarkan 

Mandi di malam hari membuat anda lebih segar dan menenangkan fikiran. Jika ingin tidur dengan keadaan yang sangat segar pasti anda selesa untuk terus tidur. Tambahan lagi, apabila pulak dari kerja ini

2. Waktu yang panjang

Semua orang akan mandi di waktu pagi, sehingga anda terpaksa mandi dengan cepat sekiranya sudah lewat untuk pergi ke kerja. Ini berbeza jika anda mandi di malam hari. Anda mempunyai waktu yang lebih lama sehingga boleh membersihkan tubuh dengan lebih bersih. Jadi, waktu tubuh badan anda akan lebih bersih.

3. Dapat mandi dengan fikiran yang tenang

Mandi di pagi hari boleh membuat anda sedikit tekanan kerana berkemungkinan anda mempunyai banyak urusan pada hari tersebut. Di malam hari, anda tidak akan memikirkan hal-hal tersebut, sehingga anda boleh mandi dengan lebih tenang.

4. Menurunkan tekanan darah

Menurut Buzzle.com, mandi di malam hari boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan anda dari tekanan. Tenaga akan kembali, dan tubuh anda akan kembali tenang.

5. Memulihkan ketegangan otot

Setelah seharian beraktiviti, otot-otot tubuh anda boleh terlampau tegang dan kaku. Mandi di malam hari, terutamanya dengan air yang panas, boleh mengendurkan otot yang keras. Tubuh badan akan terasa lebih ringan, dan sengal-sengal di tubuh badan anda akan hilang.


Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop

on Monday, 1 October 2012


Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop


Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop | Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Jika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi inginmemastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  • Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  • Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  • Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  • Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  • Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  • Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  • Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  • Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  • Jangan gunakan CD/DVD.
  • Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  • Gunakan cooling pad.
  • Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Nota : Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba. Tapi lebih baik tak payah cabut bateri laptop bila guna laptop dalam jangka masa yang panjang demi mengelakkan motherboard anda rosak. Lebih baik rosak bateri daripada motherboard... hahaha... betul tak?!

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved