Showing posts with label cerita Melayu. Show all posts
Showing posts with label cerita Melayu. Show all posts

Cerpen Penghujung Rindu Kita

on Tuesday, 2 October 2012

Cerpen Penghujung Rindu Kita


"Min, masih ingat aku?" 
"Di! Untuk apa kau hubungi aku lagi?" 
"Rindu... " 
"Sudahlah, Di. Antara kita sudah lama berakhir." 
"Tidak, Min. Bagiku masih ada yang tertinggal rindu dan kenangan... " 

"Sudahlah, Di. Lupakan semuanya," pantas ganggang telefon aku letakkan. Aku sendiri tak tahu untuk apa kau menghubungi aku kembali saat ini. Dan, entah mana kau memperolehi nombor telefonku, aku sendiri kurang pasti. Untuk apa kau hubungi aku lagi, Di? Andai hanya untuk bertanya khabarku, rasanya tak penting begitu juga andai kau hubungi aku hanya untuk menghidupkan kembali cerita kita yang telah mati. 

Empat belas tahun perhubungan kita, Di. Terlalu banyak yang aku tahu tentang kau. Segalanya kita kongsi bersama, kesusahanmu jua adalah kesedihanku dan begitulah sebaliknya. Sehingga tiba pada suatu saat dan ketika kau tiba-tiba hilang dari aku. Entah di mana salah dan silapnya, aku pun tak tahu. Andai waktu itu kau bercerita padaku tentang rindu, memang itulah yang kugendong saban hari. Di, dan memang kala itu yang ada padaku cuma kesetiaan dan keyakinan yang suatu hari kau akan datang kembali pada aku. Dan, itulah kesilapanku, Di. 

Barangkali pada waktu itu, aku masih terlalu mentah untuk mengenal hati seorang lelaki bernama Di. dan aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus terus menantimu yang di kala itu entah di mana. Walau setiap surat-surat dan khabar yang kutitip langsung tidak mendapat sebarang jawapan dari engkau. Tapi, aku terus sabar menanti dan menanti. Sehingga tibalah penantian itu berakhir apabila aku terima khabar yang engkau rupanya telah dimiliki dan memiliki. 

Kecewakah aku, Di? Memang itulah hakikatnya. Segala harapan dan impian hancur berterbangan jadi debu. Tapi, aku harus tabah menerima kenyataan ini. Biar bagaimana pahit sekalipun, aku terpaksa menghadapinya, Di. Memang bukan mudah untuk melaluinya tapi aku terpaksa. Dan, yang amat menghiris hatiku engkau membina istana bersama dia yang jua telah sedia maklum tentang hubungan kita. Dia juga adalah sahabatku. Alangkah tergamaknya kau, Di? Sekali lagi aku terpaksa terima hakikat itu biar terlalu pedih dan menyakitkan. Dan, perlahan-lahan kututup segala cerita tentang engkau dari dalam ruang ingatanku. Segala cerita dan kenangan milik kita kubunuh semuanya. Aku mahu semuanya mati sama seprti perasaanku padamu. 

Amat payah, Di. Tapi, aku terus cuba dan mencuba. Empat belas tahun kita bersama dan mungkin terlalu kecewa aku mula membina benteng kebencian untukmu. Rasanya tak menjadi suatu kesalahan buatku. Segala yang terjadi atas kesilapanmu. Setelah itu aku tak pernah mengharapkan agar kau kembali semula padaku. Tapi, entahlah, Di. Jauh di sudut hatiku dapat merasakan yang suatu ketika kau pasti kembali mencari aku. Ternyata tanggapanku benar belaka. Setelah hampir enam tahun engkau pergi, hari ini kau kembali. 

"Maafkan aku, Min," sekali lagi suara itu menggangguku suatu pagi. 
"Tak perlu, Di. Aku telah lupakan segalanya." 
"Tapi, tidak aku Min. Bertahun aku tak dapat melupaimu." 
"Untuk apa, Di. Sedangkan antara kita telah punya kehidupan sendiri." 

"Tapi, aku benar-benar rasa terhukum, Min. Perkahwinan kami tak pernah memberi sebarang erti padaku." 

"Biar apapun ceritamu, aku tak mahu kau jadikan ia sebagai satu alasan, Di." 

Dan, memang aku tak mahu mendengar sebarang alasan dari engkau. Kau telah terlewat, Di. Suatu waktu dulu, aku pernah memberi engkau peluang hampir bertahun-tahun dan engkau telah melewati detik itu. Dan, hari ini tak mungkin sekali lagi aku akan memberimu peluang untuk kali yang kedua. Bagiku peluang untukmu cuma sekali dan kini semuanya sudah terlambat. Sama seperti penantianku yang telah lama berakhir. Tentu aku tidak mahu mencipta bara dalam ruang kehidupanku kini. Aku telah lama membuang nama dan dirimu dari ruang kehidupanku. Biar apapun cerita dan alasanmu, aku tak memerlukannya lagi, Di. Seluruh hati dan perasaanku telah kuserahkan untuk orang lain. 

"Min, ada bunga untuk engkau." 
"Untuk aku? Dari siapa?" 
"Tak tahu... " 

Sejambak mawar merah bersama sekeping kad terselit di tengahnya menantiku. 
SELAMAT ULANGTAHUN DAN RINDU 
DARI AKU -DI- 
Memang engkau sengaja menerbitkan bibit kemarahan di hatiku, Di. Lalu ke mana harus aku simpan pemberianmu ini? 

"Kau ambillah, Su bunga ni." 
"Eh! Kenapa pulak?" soalnya terperanjat. 
"Aku tak suka, buat sakitkan hati je." 
"Ha! Ni mesti ada apa-apa ni. Betul kau tak nak? Tak nak tak apa, berseri jugak meja aku pagi ini," katanya riang. 

Maafkan aku, Di. Aku tak mengharap sebarang pemberian darimu. Memang engkau tersilap. Sampai di rumah petang itu, moodku betul-betul hilang. Semuanya gara-gara pemberian yang tak diundang itulah. Dan, sekali lagi aku jadi tak menentu bila entah tiba-tiba suamiku bersuara waktu kami mengadap makan malam. 

"Abang dengar Min dapat bunga siang tadi. Dari siapa?" Tersentak aku. Ini mesti kerja Su. Entah kenapa suka sangat ambil tahu hal aku. 

"Ya, Su beritahu abang?" aku seolah merungut. 
"Janganlah salahkan dia. Abang telefon Min tadi tapi Min meeting, so abang borak sekejap dengan Su. Entah macamana dia tercerita pulak." 
"Ala... kawan lama Min hantar." 
"Ya? Siapa?" 
"Emm..kawan Min. Diana," Suami, maafkan aku kerana membohongimu. 
"Tak pernah dengar nama tu pun." 
"Tak penting. Kawan lama masa di kolej dulu." 
"Tiba-tiba kawan Min hantar bunga?" 
"Saja.. kan harijadi Min." 
"Oh! Abang lupa, sorry Min. So, selamat ulangtahun." 
"Min tak kisah, selama ni pun tak pernah nak ingat," aku tersenyum sinis. 

Terlewatkah dia? Entahlah atau terasakah aku? Sedang suami sendiri pun tak pernah mahu ingat. Dan, kenapa harus ada orang lain yang terlebih dahulu mengingatinya. Orang yang telah mati dalam hidupku dan langsung tak punya sebarang ikatan dalam hidupku. 

"Okey, Min. Abang minta maaf sekali lagi. Nanti, kalau sempat abang belikan present untuk Min," dia cuba memujuk. 
"Tak payahlah. Min tak pernah mengharap." Ikhlaskah aku? Entahlah... 

Sepanjang usia perkahwinan kami pun barangkali cuma di tahun-tahun pertama sahaja dia ingat tarikh-tarikh penting dalam kehidupan kami. Kemudiannya, dia semakin melupai dan begitulah seterusnya. Mungkin jua banyak lagi perkara penting lain yang perlu difikirkan dari perkara yang remeh-temeh begitu. Tak perlulah aku menjeruk hati rasanya. 

Awal pagi itu, di pejabat aku semakin tak sabar menanti panggilan dari Di. "Kau sengaja menempah kemarahan, Di." 
"Kerana bunga itu?" soalnya seperti sedia maklum. 
"Ya, kerana aku tak pernah mahu menerimanya, Di." 
"Kenapa Min? Bukankah itu pemberian dan ingatan ikhlas dari aku?" 
"Kita kini dalam situasi yang sama tapi berbeza." 
"Kau membenciku. Kenapa Min?" 
"Ya, kerana kau yang menciptanya, Di. Jawapannya ada padamu... " 
"Kerana aku tinggalkan engkau? Dan berkahwin dengan dia? Tapi, kau tak pernah mahu mendengar penjelasan dari aku, Min.." 
"Dan, engkau sebenarnya tak perlu jelaskan apa-apa lagi pada aku, Di kerana aku telah menutup ruang untuk engkau bercerita.." 
"Kau kejam, Min." 
"Memang aku kejam tapi kau lebih kejam lagi, Di... " 
Terpulanglah, Di siapa yang kejam antara kita. Cuma Tuhan yang tahu. Kalau kau katakan yang aku sengaja mahu menghukum kau mungkin benar. Aku mahu engkau rasa apa yang telah aku rasakan selama ini, Di. 
"Kau berdendam, Min." 

Pernah seorang temanku seolah-olah cuba mempersalahkan aku bila aku bercerita tentang engkau. Terpulanglah, biar apapun ang-gapanmu dan anggapan mereka aku langsung tak peduli. Pernah engkau atau mereka bertanya dan merasakan bagaimana terlalu sakit dan deritanya hatiku? Selama bertahun-tahun kau pergi dan selama ini siapa yang merawat hati ini? Aku sendiri, Di, tidak ada orang lain. Walau suamiku sendiri. malahan dia langsung tak pernah tahu tentang cerita kita. Dan, memang aku langsung tak pernah mahu bercerita pada dia tentang engkau. 

Aku pun telah mengikatnya kemas-kemas menguburkannya tanpa kuletakkan sebarang tanda biarlah segalanya seolah tak pernah wujud sebelum ini. Begitu juga namamu, langsung tak pernah kusebut. Kau telah mati bagi aku, Di. Tak tersilap andainya aku katakan kau cuma mengganggu kembali duniaku, Di. Terlanjur kau menghukumku dengan mengatakan aku kejam, biarlah aku benar-benar bertindak kejam terhadapmu. 

"Hujung minggu ni ada kawan lama abang nak datang, Min." 
"Siapa?" 
"Kawan lama abang masa kat universiti dulu." 
"Mimpi apa pulak selama ini tak pernah jemput kawan datang rumah pun?" 
"Kami dah lama terpisah, Min. Bertahun-tahun tak jumpa tak sangka pulak kami bertemu balik semalam." 
"So, abang nak isteri abang ni masak sedap-sedap tau." 
"Hai... istimewa sangat kawan abang tu nampaknya?" 
"Memang Min. Kenapa, Min cemburu ke? Ala..kawan abang tu lelakilah dan dah kahwin pun," ceritanya panjang lebar. 
"Sorry ya, cik abang. Sikit pun Min tak cemburu. Tapi, ada satu syarat, abang kena tolong Min masak boleh?" 
"Okey, abang tak kisah." 

Seperti yang dijanjikan, hari minggu pun datang. Awal pagi lagi, dia telah mengajakku ke pasar. Takut ikan dan sayur habis katanya. Beria-ia sungguh dia membantuku menguruskan kerja rumah, entah apa istimewanya sangat kawan yang seorang ni aku pun tak tahu. 

"Memang dia istimewa bagi abang, Min," seolah faham dengan apa yang berteka-teki di benakku, dia memulakan cerita tanpa kuduga. 

"Kami kenal cukup lama, masa di sekolah lagi. Masa tu kami sama-sama aktif dalam olahraga dan dari situlah kami dipertemukan. Walau tak satu sekolah, tapi hubungan kami cukup akrab, Min. Sehinggalah bila kami diterima masuk ke universiti yang sama, hubungan kami semakin rapat." 

"Seperti hubungan saudara kandung, begitulah hubungan kami. Susah dia susah abang juga. Semua cerita tentang dia abang tahu," ceritanya panjang lebar. 

"Sehinggalah suatu hari dia bercerita pada abang yang dia ada masalah besar. Waktu tu kami baru saja tamat belajar. Katanya dia dipaksa kahwin, Min atas pilihan orang tuanya sedangkan waktu tu dia dah ada pilihan sendiri." Dan aku terus mendengar dengan penuh minat. 

"Apalah yang terdaya abang tolong dia, Min? Sehinggalah beberapa hari selepas itu, dia tinggalkan rumah sewa kami. Katanya dia terlalu kecewa, Min. Dia tak diberi peluang langsung untuk bersuara. Mungkin kerana terlalu kecewa dan merasakan tak mahu menjadi anak derhaka akhirnya keputusan itu diterima dalam keterpaksaan. Tambahan pula dia merupakan anak angkat keluarga itu." 

"Dia sendiri langsung tak menjemput kami ke majlisnya, Min." 
"Mungkin kerana terlalu kecewa," aku membuka mulut. 
"Ya, Min. Kerana terlalu kecewa sebagai seorang yang pernah akrab dengan dia tentu sekali abang dapat rasakan bagaimana kecewanya dia." 

"Tapi, itu cerita lama, kan? Tentu sekarang dia dah dapat melupainya dan mungkin dia dah bahagia?" Sekali lagi aku bersuara. 

"Entahlah, Min. Waktu abang jumpa dia baru-baru ini, abang tengok dia dah terlalu banyak berubah. Abang tak adalah tanya dia apa-apa tapi dia ada cerita yang isterinya juga semacam tak sehaluan dengannya walau mereka dah lama kahwin dan masih tak dikurniakan anak." 

"Min nak tahu kenapa?" 

"Mereka tu nama je suami isteri, ia hanya pada surat nikah dan pandangan zahirnya saja tapi hakikatnya bertahun mereka kahwin, tak pernah sekalipun menjalani kewajipan sebagai pasangan suami isteri macam orang lain. Pelikkan? Tapi, itulah ceritanya pada abang." 

"Kenapa pulak?" 

"Sebab, masing-masing sebelum kahwin dah ada kekasih sendiri. Nak berpisah, masing-masing tak mahu melukai hati keluarga sudahnya mereka yang terseksa." Lalu tentu sekali aku bersimpati. 

"Oh, ye. Dia tahu ke rumah kita?" 

"Abang dah beri alamat rumah ni dan nombor telefon pun dia ada." Perbualan kami terhenti bila loceng berbunyi dua kali. Berkejar suamiku ke arah pintu. 

"Ha.. dah sampai pun. Masuklah." Ramah suamiku menyambutnya. "Kenalkan ini isteri aku, Min." 
"Di..?" Dan aku benar-benar amat terkejut waktu itu. Kenapalah ini semua harus terjadi? 
"So, kalian dah kenal?" 
"Ya, Shah. Kami kawan lama." Aku dengar suaranya cukup bergetar. 
Oh... terasa sempitnya dunia ini dan maafkan aku kerana tak pernah mahu bersimpati padamu sebelum ini. Maafkan aku, Di...


Seksa Sungguh Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

on Wednesday, 15 August 2012

Seksa Sungguh Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Seksa Sungguh Lelaki Melihat Buah Dada Wanita


Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?

This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Lelaki kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan?

Aurat : Ustazah vs Perempuan Tak Pakai Tudung

on Tuesday, 14 August 2012


Aurat

Aurat adalah sesuatu yang harus ditutup oleh seseorang kerana berasa malu atau merendah diri jika dilihat dan diketahui oleh orang lain disebut Aurat. Aurat berasal daripada bahasa arab , 'aurah. secara harfiah 'aurah bererti " terbuka, kemalauan, telanjang, aib, cela dan cacat.  

Sejak kebelakangan ini, isu Remaja tidak menutup aurat semakin menjadi buah mulut dan trend kepada remaja sekarang. Hal ini selaras dengan perkembangan Teknologi yang meningkat dengan wujudnya perbagai laman social komunikasi. Khususnya, di laman muka buku atau lebih dikenali sebagai Facebook, twitter dan sebagainya. Jadi sya ingin mempesembahkan  sebuah perbualan antara ustazah dengan perempuan yang tidak memakai tudung yang berkaitan  Aurat dan tiadk bertudung amat berguna untuk perempuan mengetahuinya dan dijadikan pengajaran.

 Ustazah vs Perempuan Tak Pakai Tudung


Liberal Gurlz :

“Salam ustazah…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustazah :

“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :

“Ustazah it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustazah :

“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :

“No no no ustazah you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustazah…..”

Ustazah :

“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :

“Ha ha ha ha ……I don’t think like that………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustazah pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustazah :

“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :

“Ha ha ha ha….ustazah tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustazah :

“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :

“Habis tu ustazah…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustazah :

“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :

“Alah ustazah …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustazah :

“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :

“Ok…ok….ustazah menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustazah yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustazah :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :

“Baiklah ustazah…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustazah mudah faham……

ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustazah……?”

Ustazah :

“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :

“Oh ye ke ustazah…..maaflah ustazah… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka“the liberal gurlz”……yang menyatakan…
kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustazah :

“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”

“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :

“Hu huh u ustazah…gerun saya dengar penerangan ustazah ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustazah…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustazah….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustazah…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustazah :

“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :

“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustazah…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih
ustazah…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustazah:

“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Kesimpulanya, Aurat anggota badan yang amat penting dipelihara dan dijaga kerana Aurat adalah mahkota yang amat bernilai bagi seorang wanita mahupun lelaki.. Justeru itu, Wanita haruslah mengambil pengajaran yang terkandung dalam perbualan antara ustazah dengan perempuan yang tidak bertudung . Sungguh indah wanita menjaga Menutup Aurat dan bertudung serta mempunyai ciri sifat yang baik Disisi Allah S.W.T. Jadi marilah kita Sama-sama memperbetulkan diri kita  untuk menjaga Aurat  dan  menjaga adab pergaulan sesama bukan mahram agar menghindari kita dari seksa neraka yang amat pedih. Sumber Dipetik Dari Ceritaapakah


Kisah Benar Sebuah Keluarga : Membuatkan Kita Menitiskan Air Mata


Kisah Benar Sebuah Keluarga : Membuatkan Kita Menitiskan Air Mata

Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak ada nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….

“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”

Ibu tercinta pergi buat selamanya………

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.

Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita. Kredit : Edisikini
 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved