Pin It

Widgets

Tonton Drama Setia Hujung Nyawa Raya

on Tuesday, 13 August 2013

Setia Hujung Nyawa Raya

Tonton Setia Hujung Nyawa Raya | Selepas drama siri slot Akasia, Setia Hujung Nyawa berjaya mencetuskan satu fenomena pada awal tahun lalu, pasti ramai yang merindui drama romantik lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose ini. Menjelang Hari Raya Aidilfitiri yang bakal diraikan pada 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434, TV3 akan mempersembahkan drama Setia Hujung Nyawa Raya khas buat peminat drama terbitan Suhan Movies ini.


Hubungan Zain & El Kembali Teruji Dalam Setia Hujung Nyawa Raya bakal ditayangkan pada 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 di TV3. Telemovie yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Shah Iskandar (Syawal), Anzalna (Maisara), Ruminah Sidek (Nenek) dan Aedy Ashraf (Qarun).
SETIA HUJUNG NYAWA RAYA

Mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain. El yang kini sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas. Pantang Zain silap cakap sikit pasti El akan merajuk berjam-jam. Zain hanya mampu bersabar meskipun dia geram kerana dilayan seperti ‘bibik’.

Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur saja. Pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif. Zain mengajak El menonton drama Korea bersama-sama, belajar mengait melalui internet, membuat buku skrap artis pujaan El iaitu Lee Min Ho dan banyak lagi.

Selepas ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan Umrah, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang ke kampung Zain. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisara muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya suka perangai Maisara yang gila-gila, kelakar dan nakal. El mula buat perangai dengan mengurung dirinya di dalam bilik.

Sementara itu, Syawal yang merupakan sepupu Maisara turut pulang ke kampung. Zain tidak suka dengan Syawal sejak dari kecil kerana Syawal sering dipuji dan itu membuatkan Zain cemburu dengan kelebihan Syawal. Tambahan pula, Syawal agak rapat dengan Maisara sejak kecil.

Ketika Maisara berdiri atas kerusi untuk memasang langsir, Zain dan Syawal berebut untuk membantunya. Di saat itu juga, nenek memanggil Syawal dan ketika itulah Maisara terjatuh. Zain segera menyambut Maisara dan disaksikan oleh El. El merajuk dan terus melarikan diri dari rumah tanpa seorang pun menyedarinya. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Tonton Setia Hujung Nyawa Raya



Ranking: 5

{ 5 ulasan... read them below or add one }

Anonymous said...

saya nak sangat drama ni ditayangkan !


14 August 2013 at 11:15 Reply To This Comment
Anonymous said...

saya nak yg episod 1 sampai akhir boleh tak ?


14 August 2013 at 11:16 Reply To This Comment
d said...

Sy xsempat tgk drama ni..xde ulangan ke?penat dh cri dlm blog nk tgk,tp xde..yg ni pn xblh buka..


19 August 2013 at 09:27 Reply To This Comment
fila said...

tolong lah tayang semula drama nie saya nak tegok saya tunggu tapi tak sempat tegok yang nie pon x dapat buka plase replay back your movie.


7 September 2013 at 20:09 Reply To This Comment
fila said...

tolong lah tayang semula drama nie saya nak tegok saya tunggu tapi tak sempat tegok yang nie pon x dapat buka plase replay back your movie.


7 September 2013 at 20:09 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved