Pin It

Widgets

Lionel Messi Dan Cristiano Ronaldo Sama Hebat

on Tuesday 9 October 2012

Lionel Messi Dan Cristiano Ronaldo Sama Hebat

Lionel Messi Dan Cristiano Ronaldo Sama Hebat | Dua bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo membuktikan kehebatan masing-masing awal pagi semalam. Pada aksi Liga Sepanyol di Stadium Nou Camp itu , Messi dan Ronaldo meledak dua gol untuk membantu Barcelona dan Real Madrid terikat 2-2. 

Pada aksi tersebut, Ronaldo terlebih dahulu meletakkan Real di depan hasil jaringannya pada minit ke-23. Bagaimanapun, Messi membantu Barcelona mengikat kedudukan apabila meledak gol pada minit ke-31 dan keputusan seri 1-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, 98,000 penyokong Barcelona tersenyum lebar apabila Messi sekali lagi membuktikan ketajaman sentuhannya apabila menyumbat gol kedua skuad The Catalan pada minit ke-61. Gol tersebut dianggap sudah memadai buat Barcelona, sekali gus mengutip tiga mata penuh.

Namun, Ronaldo tidak memberikan laluan mudah kepada The Catalan untuk mencatat kemenangan di laman sendiri apabila dia turut meledak gol kedua Real lima minit selepas jaringan yang dilakukan Messi.

Meskipun sekadar seri, jurulatih Real, José Mourinho tetap yakin skuad kendaliannya mampu untuk memintas kedudukan Barcelona selaku pendahulu liga.

"Situasi yang kami (Real) lalui ketika ini sama seperti apa yang kami alami musim lalu. Kami masih mampu untuk bergelar juara liga.

"Saya tidak suka dengan perlawanan pada hari ini (awal pagi semalam) tetapi saya fikir, kami telah beraksi dengan baik," kata Mourinho.

Sementara itu, jurulatih Barcelona, Tito Vilanova tetap gembira dengan keputusan tersebut biarpun ia telah menamatkan rekod kemenangan secara berturut-turut yang dilakar anak-anak buahnya dalam enam perlawanan sebelum ini.

Pada awal musim ini, kami (Barcelona) perlu menerima situasi seperti ini selepas mengharungi tujuh perlawanan.

"Kami akan dikatakan gila jika melakukan perubahan dan mengarahkan barisan pertahanan bergerak ke depan semata-mata bagi menjaringkan gol.

"Apa yang saya nampak, kami memiliki banyak peluang dan saya gembira dengan keputusan ini," kata Vilanova.

Selepas tujuh perlawanan, Barcelona terus unggul di tangga teratas liga apabila mengumpul 19 mata, lapan mata meninggalkan Real yang menghuni tangga kelima. - AFP

Video Jaringan Goal Lionel Messi Dan Cristiano Ronaldo 


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved