Pin It

Widgets

Drama Adam & Hawa Episod 29 Hingga 32

on Friday 19 October 2012

Drama Adam & Hawa Episod 29 Hingga 32

Drama ADAM & HAWA karya penulis Aisya Sofea bakal ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 9 mlm setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon2 lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid. Selamat menonton

Sinopsis Adam Dan Hawa Episod 32

Eja mula memaksa kakaknya untuk cuba terima dahulu perubahan Adam, lebih-lebih lagi ibu mertuanya yang sangat baik hati. Perkara ini membuatkan Ain merasa serba salah dan akhirnya terpaksa juga Ain menjemput Adam dan mertuanya di KLIA. Adam semestinya lebih bijak apabila menggunakan ibunya untuk memujuk Ain dan ini membuatkan isterinya itu makin marah dan geram terhadap tindakan Adam itu. Johan pula semakin resah apabila Ain tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas SMS yang diberi. Azie menjadi tempat Johan mengadu dan meminta bantuannya untuk memeriksa sendiri apa yang telah terjadi dengan Ain.





Sinopsis Adam Dan Hawa Episod 30

Ain mula merasa rimas dengan sikap Johan yang menyoal bertalu-talu kerana Ain menganggap mereka hanya teman biasa yang rapat. Johan menyangka bahawa Ain adalah teman istimewanya kerana menerima rantai cincin pemberiannya sebelum ini. Dalam pada itu, Fauzi yang juga pelajar kepada Ain mula menunjukkan minat dengan terhadapnya sehingga membuatkan keadaan bertambah teruk dengan sikap mereka. Sementara itu, kerinduan Adam terhadap Ain semakin bertambah dan dia sendiri tidak sabar ingin berjumpa dengan Ain kelak.


Sinopsis Adam Dan Hawa Episod 29

Johan mula meragui hubungan antara Ain dan Adam. Ain pulang ke kampung untuk bertemu emaknya. Apakah kenyataan yang Ain harus hadapi? Mampukah Ain menghadapi semua kenyataan yang kini dihadapinya?


Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved