Adira Tak Mahu Dikaitkan dengan Aliff Aziz | Penyanyi Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali dengan nama Adira meminta semua pihak tidak mengaitkannya sebagai punca hubungan cinta diantara Aliff Aziz dan Anne Ngasri putus.
Adira yang ditemubual oleh pihak media baru-baru ini menafikan sama sekali gosip yang mengatakan dirinya sebagai punca putusnya hubungan cinta diantara Aliff Aziz dan Anne Ngasri.
- “Saya tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan mereka dan saya tidak mahu terlibat dalam masalah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini,”
- “Saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan lakonan dan kini lebih selesa tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki,”
Bagaimanapun Adira berkata, dia berharap kemunculan “single” duet terbarunya bersama Aliff berjudul “Keajaiban Cinta” tidak akan menjadi kontroversi selepas ini.
- “Ia hanya sebuah lagu duet untuk drama Tiara yang kami sama-sama berlakon. Hubungan kami tidak lebih daripada itu. Saya berharap tiada sebarang gosip lain timbul gara-gara kolaborasi itu,”
Menurut Adira, dia semakin selesa bergelar pelakon namun masih meletakkan nyanyian sebagai karier utamanya.
- “Seronok berlakon kerana dapat belajar pelbagai perkara namun itu tidak bererti saya tidak mahu menyanyi lagi kerana nyanyian adalah keutamaan saya,”
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.