Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Hari Merdeka 2012 | Seperti yang kita maklum, sambutan hari kemerdekaan kali yang ke 55 akan
diadakan di kawasan Dataran Merdeka. Oleh itu bagi membuat persiapan,
terdapat beberapa jalan akan ditutup di kawasan tersebut.
31 Ogos 2012 merupakan hari sambutan hari kemerdekaan yang diadakan di
seluruh Malaysia. Sambutan utama diadakan di ibu negara iaitu di Dataran
Merdeka. Oleh itu ini merupakan senarai jalan ditutup sempena hari merdeka yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2012 di Kuala Lumpur. sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala
Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan
jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai.
Senarai Jalan Ditutup
- Jalan Travers/Jalan Damansara
- Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
- Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
- Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
- Jalan Tembusu/Jalan Lembah
- Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
- Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
- Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
- Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
- Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
- Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
- Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
- Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
- Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
- Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
- Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
- Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
- Jalan T.A Rahman/Jalan Raja
Semoga senarai jalan yang dimaklumkan ini sedikit sebanyak dapat
memberikan anda panduan bagi mengelakkan kesesakkan jalanraya. Pihak
kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut
hari kemerdekaan yang ke 55. (Sumber)
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.