Percayakah anda dunia sekarang perempuan lebih banyak daripada lelaki? Cuba tengok kat IPTA/IPTS atau di mana-mana saja, ramai betul perempuan. Inilah dia tanda dunia di akhir zaman. Rasanya nisbah lelaki dengan perempuan 10 : 1. Kepada para lelaki, silalah berangan untuk kahwin 4 yer..hhuuuhuh
Bercakap mengenai isu perigi mencari timba ni, pada pendapat saya, ianya tak salah. Kenapa aku cakap tak salah? Sebab di dalam percintaan, kita kena la berani dan cepat! Kalau perempuan tu suka kat lelaki tu tapi malu sangat nak berterus-terang, melepas la jawabnya. Nanti kan jadi andartu pulak..cuma mungkin bagi pandangan sesetengah orang tidak manis kalau perempuan yang mulakan dulu. Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya
Apalah yang nak dimalukan jika perigi itu mencari timba dulu? Bukan ke anda pernah dengar yang ada perempuan melamar lelaki dan ada juga perempuan yang meminang lelaki. Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.
Apa? salah ke kalau perempuan mengambill tindakan dulu? malu sangat ke? jatuh maruah ke? tak gentleman ke? Kebahagiaan itu perlu dicari, bukan datang bergolek ke kaki kita. Jangan harap nak dapat kebahagiaan dengan duduk tak buat apa. Perempuan juga kena la bertindak, jangan harap si lelaki saja bertindak. Mana yang lebih penting? Ego atau kebahagian?
Kepada perempuan, janganlah memilih sangat dalam mencari jodoh ini. Standard spesifikasi itu janganlah letak tinggi sampai semua lelaki tidak berani nak masuk. Ingat, perigi waktu banyak air ramai orang datang, tapi waktu kemarau kering kontang nak jenguk pun tak sudi. Umur ni bergerak, jangan sampai bila anda tersedar "alamak, umur aku dah 40 tahun tapi tak kahwin lagi". Masa itu, perigi nak cari pun timba pun susah. Jika sudah berumur tapi masih belum berkahwin, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, tidak lupa juga pada orang yang mengeji, mengutuk dan bergossip mengenai gadis itu.
Ada macam-macam perigi dan berbagai jenis dan bentuk timba kat dunia ni. So, perigi kena la hati-hati dengan yang timba ya. Jaga maruah dan harga diri masing-masing. Jangan biarkan si timba tu senang-senang cedok air kat perigi awak tu. Nanti bila air dah tak da, timba mana nak singgah lagi? Mungkin anda boleh tutup perigi tu dengan daun pokok kelapa. Tapi sampai bila? Semuanya akan terbongkar jika ada timba yang sudi singgah untuk ambil air. Jadi, renung-renungkanlah, buanglah sikap ego itu. Tidak salah pun kalau perigi cari timba :)
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.