Pin It

Widgets

Chong Wei tak perlu menangis

on Friday 25 May 2012


PERSEORANGAN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjalani rawatan susulan menggunakan alat pengimbas 'High Field Extremity MRI' di Kuala Lumpur Sports Medicine Centre, semalam. - Foto BERNAMA

PERSEORANGAN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjalani rawatan susulan menggunakan alat pengimbas 'High Field Extremity MRI' di Kuala Lumpur Sports Medicine Centre, semalam. - Foto BERNAMAAda peluang cerah beraksi di Olimpik, cedera tidak serius: Pakar

TANGISAN Lee Chong Wei akhirnya berbaloi apabila dimaklumkan kecederaan buku lali kanannya ketika beraksi di Kejohanan Piala Thomas, Selasa lalu dijangka mampu disembuhkan dalam tempoh kurang daripada sebulan.
Ia seakan-akan memberi sinar baru buat Chong Wei beraksi di Sukan Olimpik penghujung Julai ini sekali gus membuka ruang kembali untuk prospek pingat negara itu memburu pingat emas pertama negara.
Ujian imbasan ‘Magnetic Resonance Imaging’ (MRI) dan X-ray dilakukan dua orang pakar, Dr Saw Khay Yong dan Dr Nicholas Geary di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) semalam mendapati Chong Wei tidak mengalami kecederaan serius – tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan.

“Selepas pemeriksaan, saya bersama Dr Saw dan Dr Nicholas duduk bersama berbincang dan mendapati tiada keretakan berlaku dan hanya terdapat koyak pada ligamen saja.

“Dia hanya perlu menjalani tiga suntikan stem cell masing-masing sekali untuk setiap lima hari. Chong Wei sebelum ini pernah menjalani rawatan ini dan saya yakin dengan keberkesanannya jika berdasarkan rekod yang ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, semalam.

Ditanya sama ada tahap kecergasan atlit itu boleh berada di tahap sebenar ketika aksi Olimpik nanti, Dr Ramlan berkata dia optimis Chong Wei mampu mengatasinya tetapi perlu didorong dengan persiapan rapi termasuk daripada sudut persediaan mental. 
Sementara itu Chong Wei berkata, kecederaannya itu sedikitpun tidak mematahkan semangat meraih pingat emas sulung negara pada temasya terbesar dunia itu.

“Doktor memberitahu saya perlu tinggal di hospital satu atau dua hari lagi dan mengambil masa tiga atau empat minggu lagi untuk sembuh sepenuhnya. Ini sudah tentu satu berita baik untuk saya. Saya akan cuba melupakan kecederaan ini supaya tidak fobia apabila beraksi nanti dan berharap ia akan cepat sembuh,” katanya.

Sumber Dari Berita Harian

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved