Pin It

Widgets

Tonton Diandra TV3 Full Episode

on Thursday, 12 September 2013

Tonton Diandra TV3 Full Episode

Tonton Diandra TV3 Full Episode | Diandra drama romantik komedi bersiri 13 episod keudara di slot Lestary bermula 20 Ogos 2013, setiap Selasa 9.00 malam. Terbitan Asia Media Content (AMC), arahan Eoon Suhaimi, penulis skrip, Shuhadatul Ain Zakaria. Lakonan Aiman Hakim Ridza, Nur Fathia, Dato’ Jalaluddin Hassan, Nur Risteena, Shawal Ruslan, Qazem Nor, Nizam Zaidie, Amran Ismail, Yaya Maembong dan ramai lagi.

Sinopsis Diandra TV3

Diandra (si Nur Fathia), atau nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan ayahnya.

Adam Fahmi (si Aiman Hakim Ridza) pula merupakan seorang aktor yang sangat terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga membuatkannya sentiasa popular di kalangan peminatnya. Adam menjadi pujaan ramai dan apa sahaja drama dan filem yang dia berlakon pasti menjadi ‘box office’. Dek kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga dia menerima ugutan bunuh.

Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama. Aik ambek lagi pengawal peribadi lelaki.. 

Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam sehingga suatu hari mereka bergaduh lagi di lokasi penggambaran, dimana Diandra yang tidak tahan diperli telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong kerana sikap ego Adam yang seringkali menyakiti hati orang lain. Akhirnya, Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan hampir lemas. 

Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Adam juga mula berbaik-baik dengan Diandra dan sudi berkongsi masalah dengannya. Lama-kelamaan, Diandra mula mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih.

Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra. Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya.

Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta? Apakah korang guys akan follow citer ni? ya saksi nanti di TV3 Selasa ini 9 malam.

Tajuk : Diandra
Channel : TV3
Slot : Lestary
Mula Tayangan : 20 Ogos 2013. Setiap Selasa
Jumlah Episode : 13
Lagu TemaPutih Putih Melati - ST12


Barisan Pelakon : Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia, Dato’ Jalaluddin Hassan, Nur Risteena, Shawal Ruslan, Qazem Nor, Nizam Zaidie, Amran Ismail, Yaya Maembong


Tonton Secara Online Melalui Pautan link berikut:
site alternative untuk menonton Drama Diandra adalah pada laman rasmi tonton.com.my

Lagu tema/lagu latar

Putih Putih Melati - ST12, Lepaskan - Wanna Ali, Cinta Butakanku - Phoema, Jadian - The Junas Monkey, Be Mine - Tasha Manshahar Ft. Syed Shamim, Setelah Hujan - Sakura Band, ILU IMU INU - Sakura Band.


Tonton Dan Download Diandra Full Episode


Episode 3 | HotF | ZipS
Episode 5 | HotF | ZipS
Episode 6 | HotF | ZipS
Episode 7 | HotF | ZipS
Episode 8 | HotF | ZipS
Episode 9 | HotF | ZipS
Episode 11 | HotF | ZipS
Episode 12 | HotF | ZipS
Episode 13 | HotF | ZipS


Ranking: 5

{ 5 ulasan... read them below or add one }

Anonymous said...

I like!


5 November 2013 at 21:32 Reply To This Comment
Nur Ameera Adriana said...

mne apisode last ? xde pon


12 November 2013 at 23:07 Reply To This Comment
Anonymous said...

Knp episode 10,11,12,13 saye x leh tgk??geram ah cam ni!!


1 December 2013 at 12:19 Reply To This Comment
Anonymous said...

npe larh nasib sye tk dpat tng0k crte nie...dlam klsz jusz dngar kwan crte jer....huhuhu


20 February 2014 at 19:15 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved